Tentang Masjid AlBukhary

Sinar Iman, Ilmu, dan Komuniti

Kami bukan sahaja membina tembok, tetapi juga membina hati, hubungan dan harapan.​

Fakta Sejarah Masjid Albukhary

masjid-pic-15

Fakta Sejarah Masjid Albukhary​

 
 

 

 

Langkah pertama dalam pembinaan Masjid Albukhary bermula dengan hasrat untuk menggantikan Surau Babul Jannah yang telah berusia 147 tahun. Menyedari keperluan untuk menyediakan tempat ibadah yang lebih sesuai, cadangan pembinaan masjid baharu telah timbul sekitar tahun 2001. Sebuah Jawatankuasa Projek Masjid telah ditubuhkan untuk menerajui inisiatif ini, dan mereka telah mendapatkan persetujuan daripada Mufti Wilayah Persekutuan. Ini diikuti dengan proses selama tiga tahun untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak Kerajaan yang berkenaan, sekaligus membuka jalan kepada pembangunan masjid tersebut.

  • 1860Asal-Usul Surau Babul Jannah

    Pembinaan Masjid Albukhary dibuat bagi menggantikan Surau Babul Jannah yang berusia 147 tahun dan sudah uzur. Masjid ini dinamakan sempena nama keluarga Pengasas Yayasan Albukhary, iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, seorang tokoh perniagaan Melayu terkenal yang juga dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2008.

  • 1922Gazet Tanah Perkuburan Islam

    Masjid ini dibina di atas tanah seluas 1 ekar di Lot 192, Seksyen 56, Mukim Bandar Kuala Lumpur. Tanah tersebut telah digazet sebagai tanah perkuburan Islam oleh kerajaan British pada tahun 1922. Asalnya merupakan tapak surau lama dan sebahagiannya tanah perkuburan Islam yang diwakafkan oleh Almarhum Sultan Abdul Samad pada tahun 1860. Baginda mengamanahkan Almarhum Syed Lal Shah Albukhary untuk membangunkan dan menjaga surau yang diberi nama Babul Jannah.

  • 2001Cadangan Pembinaan Masjid

    Cadangan pembinaan Masjid telah bermula pada tahun 2001 dengan penubuhan Ahli Jawatankuasa Projek Masjid selepas mendapat persetujuan Mufti Wilayah Perekutuan untuk ditadbir dan mendapat kelulusan pihak Kerajaan yang berkenaan yang mengambil masa selama 3 tahun.

  • 2004Pembiayaan oleh Yayasan Albukhary

    Pada awal tahun 2004, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary menyatakan hasrat untuk membina sebuah masjid, dan cadangan ini telah dipersetujui oleh JAWI dan Ahli Jawatankuasa Masjid. Pembinaan bermula pada September 2004 dan siap pada September 2006, mengambil masa 24 bulan dengan kos sebanyak RM12 juta.

  • 2006Penyiapan Pembinaan

    Keluasan masjid ini ialah 2700 meter persegi di mana terdapat 2 Dewan Solat yang boleh menampung lebih kurang 1600 orang jemaah pada satu-satu masa.

  • 2007Penyerahan Kepada JAWI

    Masjid ini diserahkan kepada pentadbiran JAWI pada 25 Mei 2007, dengan solat Jumaat pertama dipimpin oleh Al-Habib Umar Bin Hafidz dan khutbah disampaikan oleh Dato' Che Mat Bin Che Ali, Pengarah JAWI ketika itu. Senibina masjid bercirikan Islam, dengan dua menara berinspirasikan Masjid Nabawi dan kubah utama berhias ceramik kaca dari Itali serta corak Timur Tengah. Reka bentuk luar menggabungkan elemen seni Melayu dan Timur Tengah. Masjid ini turut dilengkapi pelbagai kemudahan dan terletak kira-kira 150 meter dari masjid atau surau terdekat, meliputi kawasan UTC Kuala Lumpur dan sekitar Pudu.

  • 2008Sumbangan & Harapan

    Masjid ini adalah sumbangan amal jariah daripada Yayasan Albukhary untuk komuniti Islam setempat, di mana yayasan tersebut turut menanggung kos penyelenggaraan dan aktiviti keagamaan. Usaha ini diharap mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T.